"Allah turunkan penyakit bersama penawarnya.kita ikhtiar Allah jua penyembuhnya" Dalam mencari penawarnya kita perlu istiqamah
Sunday, 27 November 2016
PESANAN UNTUK DIRI KU
dalam hidup ini
jangan layan sifat malas
jangan terlalu manjakan diri
jangan layan 'tiada mood' untuk buat kerja
jika tidak
life kita akan spoil
financial kita akan spoil
relationship kita akan spoil
sampai hari tua kita akan spoil
sampai ke cucu-cicit juga akan spoil
so,
jangan layan sifat malas
jangan layan hati kata aku tak tahu itu ini
jangan layan segala alasan palsu daripada minda
belajar, belajar,belajar & terus belajar.tiada istilah "STOP" dalam mencari ilmu selagi bernyawa
Saturday, 26 November 2016
KHASIAT CUKA EPAL
1. Membantu Masalah Perut
Hirup sedikit cuka epal yang dicampurkan dengan air suam. Jika masalah sakit perut anda berpunca daripada jangkitan kuman, cuka epal boleh melawannya. Hal ini kerana cuka epal mempunyai kandungan antibiotik dan pectin yang mana boleh melegekan masalah usus.
2. Menghilangkan Tersedu
Tersebu sangat mengganggu anda, lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu bagaimana untuk menghilangkannya.
Ambil satu sudu teh cuka epal dan minumnya. Rasa masam boleh menghilangkan tersedu – ia merangsang saraf otak.
3. Melegakan Sakit Tekak
Jika anda merasakan tidak selesa dengan tekak anda dan merasakan anda akan mendapat sakit tekak, ambil cuka epal. Ia mengandungi tahap asid yang lebih tinggi dan kebanyakan kuman tidak boleh dihidup dalam keadaan tersebut.
Campurkan 1/4 cawan dengan cuka epal dan 1/4 dengan air suam. Kemudian, berkumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.
4. Mengurangkan Kadar Kolestrol
Walaupun penemuan ini perlukan lebih banyak kajian, namun pada tahun 2006 penyelidik menemui bahawa asid asetik yang terdapat di dalam cuka boleh mengurangkan kolestrol di dalam badan tikus makmal.
Dan, satu kajian yang dijalankan di Jepun mendapati bahawa orang yang mengambil 15 gram cuka epal setiap hari boleh mengurangkan tahap kolestrol bagi orang yang terlibat dalam kajian di dalam kajian tersebut.
5. Mengelakkan Masalah Penghadaman
Hirup sedikit cuka epal sebelum makan, terutama jika anda akan makan makanan yang banyak. Cuba ini: tambah 1 sudu teh madu dan 1 sudu cuka epal ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum 30 minit sebelum anda makan.
6. Melegakan Hidung Tersumbat
Lain kali, apabila hidung anda tersumbat, dapatkan cuka epal. Ia mengandungi potassium, yang boleh mengurangkan mukus/hingus. Asid asetik yang terdapat di dalam cuka pula boleh membantutkan pertumbuhan bakteria.
Campurkan satu sudu teh cuka epal di dalam satu gelas air. Kemudian, minum air tersebut untuk melegakan hidung tersumbat anda.
7. Membantu Mengurangkan Berat Badan
Cuka epal boleh membantu anda dalam mengurangkan berat badan, cuma anda perlu tahu bagaimana untuk memanfaatkannya.
Asid asetik boleh mengurangkan selera dan meningkatkan metabolisma badan. Saintis juga mengganggap bahawa cuka epal boleh mengurangkan penghadaman dan penyerapan kalori ke dalam badan.
8. Menghilangkan Jerawat
Cuka epal boleh menjadi toner semulajadi yang membantu kulit anda lebih sihat. Sifat-sifat antibakterianya boleh membantu anda mengawal jerawat, dan asid malik dan laktik yang terdapat dalam cuka epal boleh melembutkan dan exfoliate kulit.
Pada masa yang sama ia boleh mengurangkan kesan bintik-bintik merah dan menstabilkan pH pada kulit dan wajah anda.
9. Membekalkan Tenaga
Senaman, bersukan dan kerja-kerja yang berat boleh meningkatkan penghasilan asid laktik di dalam badan, membuatkan anda rasa letih.
Apa yang menarik adalah, asid amino yang terdapat di dalam cuka epal boleh bertindak sebagai antidot kepada situasi ini. Pada masa yang sama, potasium yang terdapat di dalam cuka boleh melegakan rasa letih dan lemah badan.
Jadi, lain kali anda rasa penat dan letih, tambahkan satu sudu teh (atau dua) cuka epal ke dalam satu gelas air. Kemudian minum.
10. Mengurangkan Kekejangan Kaki (pada waktu malam)
Kekejangan kaki menunjukkan bahawa anda kurang kadar potasium di dalam badan. Memandangkan cuka epal mengandungi kandungan potasium yang tinggi, apa kata anda menggunakannya untuk melegekan kekejangan anda.
Satu petua mencadangkan anda mencampurkan 2 sudu teh cuka epal dan satu sudu teh madu ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum campuran tersebut untuk melegakan kekejangan kaki anda, terutama pada waktu malam.
11. Mencepatkan Penyembuhan Luka
Cuka epal mempunyai sifat anti-inflamatori, ianya boleh mencepatkan proses penyembuhan luka-luka yang kecil. Pada masa yang sama, cuka epal juga boleh mengelakkan daripada dijangkiti oleh kuman.
12. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah
Beberapa teguk cuka epal boleh membantu mengawal kadar gula di dalam darah, mengikut beberapa kajian terdapat kaitan di antaranya.
Satu kajian ke atas orang yang menghidap kencing manis tahap 2 yang tidak mengambil insulin di dapati mengambil 2 sudu teh cuka epal sebelum tidur boleh mengurangkan kadar gula pada waktu paginya.
Satu kajian yang dijalankan di Universiti Arizona menjumpai bahawa orang yang meminum campuran cuka epal dengan air sebelum makan makanan yang tinggi kadar karbohidratnya mempunyai kadar gula dalam darah yang lebih rendah kemudiannya.
Ahli saintis beranggapan bahawa kesan antiglycemic dari asid tersebut adalah kunci kepada hasil kajian ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)