Belajar menulis dan mulalah menulis
jika anda nak buat perubahan dalam hidup.
Jika kita mahu membuat perubahan dalam hidup, agar memulakan perubahan tersebut
dengan membuat satu perkara baru.
Perkara baru tidak semestinya sesuatu yang drastik dan memerlukan
pengorbanan yang besar. Pilih saja sesuatu yang mudah yang tidak pernah
atau terlalu jarang dilakukan selama ini.
Antara perkara atau aktiviti mudah yang setiap daripada kita mampu
lakukan sekarang adalah menulis. Belajar menulis
yang saya maksudkan di sini adalah belajar mengamalkan ilmu menulis yang telah
lama ada pada kita.
Ramai yang dah mempunyai komputer.
Kita gunakan setiap hari untuk membaca berita atau apa-apa saja aktiviti lain
seperti bersosial secara maya.
Namun jarang sekali
kesempatan itu digunakan untuk kita belajar menulis. Kita jarang membuat
penulisan yang diolah sendiri yang boleh mendatangkan faedah pada diri kita dan
juga orang lain.
Blog merupakan salah satu alat menarik yang mana boleh kita gunakan
untuk belajar menulis. Ia digunakan untuk menumpahkan buah fikiran dalam bentuk
penulisan yang santai atau serius.
Ada ramai juga yang memang ada keinginan untuk menulis, tapi setiap kali
mereka mencuba untuk melakukannya, ada saja masalah datang.
Tiap kali nak belajar menulis di blog, jari jemari mula menjadi kaku,
fikiran terhenti secara tiba-tiba dan tidak tahu di mana harus bermula.
Akhirnya ramai yang sekadar menjadi pembaca dan leka melayan FB.
Jika anda merupakan salah seorang daripada mereka yang mengalami masalah
seperti itu, mungkin senarai kelebihan menulis ini dapat dijadikan azimat
sebagai motivasi untuk belajar menulis dan tanam serta pupuk tabiat menulis:
1.
Menulis mampu membuatkan seseorang menjadi bahagia.
§ Kajian mendapati bahagia
dicetuskan oleh 3 faktor berikut di bawah:
§ Aktiviti terancang
– 40%
§ Faktor genetik –
50%
§ Keadaan semasa atau
suasana – 10%
§ Melakukan aktiviti
terancang bagi mencetuskan kepuasan dan kebahagian boleh diberikan tumpuan jika
kita mahu hidup tenang dan bahagia.
§ Antara aktiviti
seperti itu yang terbukti memberikan kepuasan hidup, ketenangan dan rasa
bersyukur adalah dengan belajar menulis sekurang-kurangnya 3 tulisan yang
menzahirkan rasa kesyukuran kita dalam bentuk surat atau artikel.
§ Anda boleh buat semua
itu pada blog.
2.
Turunkan berat badan dengan menulis.
§ Pelik tetapi benar!
anda boleh menguruskan berat badan anda dengan hanya menulis. Ini merupakan
penemuan hasil daripada satu kajian yang dilakukan terhadap wanita yang mahu
menurunkan berat badan mereka.
§ Apa yang ada perlu
tulis adalah sesuatu yang menyentuh nilai-nilai kehidupan yang anda pandang
tinggi seperti disiplin, keyakinan, akhlak yang baik, cara hidup yang sihat dan
lain-lain seumpamanya.
§ Kajian mendapati
mereka yang berbuat begitu berjaya menguruskan berat badan mereka tanpa
disedari.
§ Bukankah itu
sesuatu yang hebat yang semua orang boleh lakukan secara percuma dan tidak
perlu pergi ke akedemi menguruskan badan?
3.
Merawat kekecewaan akibat perpisahan
§ Perpisahan
kebiasaannya mengundang rasa marah, dendam, kecewa dan tidak tenteram.
§ Untuk mengatasi
masalah itu, apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menulis semula cerita
asal terjadinya perpisahan itu.
§ Tulis semula kenapa
ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan apakah kelebihan atau faktor positif
terhadap segala yang telah terjadi.
§ Kajian terhadap
mereka yang berbuat sebegitu mendapati mereka berjaya melupakan cerita lama dan
memulakan fasa baru kehidupan dengan lebih yakin dan bahagia.
4.
Meningkatkan daya ingatan dan kemampuan belajar
§ Ini juga satu
kajian yang telah dibuktikan oleh para pengkaji.
§ Mereka yang menulis
karangan tentang apa yang telah mereka alami sebelum ini yang memerlukan luahan
rasa serta emosi telah menunjukkan peningkatan daya ingatan yang baik.
§ Peningkatan
terhadap daya ingatan berlaku setelah para responden ditugaskan menulis selama
5 minggu.
§ Bayangkan jika anda
menjadikan aktiviti menulis sebagai rutin harian dan ia sentiasa dilakukan
selama bertahun-tahun, sudah pasti daya ingatan anda meningkat dengan amat
hebat sekali.
§ Menulis juga
membuatkan daya pembelajaran akan meningkat, namun untuk ini kita perlu lakukan
dengan menggunakan pen dan bukannya melalui keyboard.
§ Apa salahnya sekali
sekala membuat catitan terhadap idea yang muncul atau maklumat yang anda baca
atau dengar, ini diperlukan jika anda mahu tulisan anda bagus.
5.
Menulis membuatkan anda mudah dapat kerja
§ Jika anda baru saja
dibuang kerja dan masih dalam trauma dan tak tahu nak buat apa, pastikan anda
menulis pengalaman bagaimana anda hilang pekerjaan.
§ Tuliskan segala-galanya
dan luahkan perasaan. Nyatakan juga kesan baik serta buruk daripada pengalaman
tersebut.
§ Anda sudah tidak
perlu pergi kerja, jadi tentu ada banyak masa untuk semua itu.
§ Kajian kepada
mereka yang dibuang kerja lalu disuruh menulis apa yang saya nyatakan di atas
mendapati mereka yang menulis berjaya mendapatkan pekerjaan jauh lebih cepat
dan baik daripada yang tidak menulis.
6.
Mempercepatkan penyembuhan luka fizikal
§ Bunyi macam pelik
sedikit tetapi itulah yang berlaku apabila mereka yang luka disuruh menulis dan
meluahkan pengalaman mereka ketika mengalami trauma.
§ Satu kumpulan lagi
yang turut sama luka disuruh menulis tentang pengurusan masa didapati
tidak menunjukkan sebarang perubahan berbanding mereka yang menulis pengalaman
trauma.
7.
Meningkatkan daya saing
§ Jika kita alami
tekanan kerana terpaksa menghadapi cabaran temuduga atau peperiksaan atau
sebagainya, selesaikan semua itu dengan menulis dengan terperinci apa yang anda
risaukan.
§ Mereka yang berbuat
begitu ternyata jauh lebih baik melalui cabaran tersebut berbanding yang tidak
menulis.
Banyak lagi kesan positif yang mampu diraih jika anda mula belajar
menulis.
Antaranya adalah seperti memperbaiki perhubungan, mencapai sasaran atau
matlamat, melupakan kenangan pahit masa lalu dan banyak lagi.
Kalau nak disenaraikan sudah tentu menjadi terlalu panjang. Jadi bagi
mereka yang memang ada keinginan untuk belajar menulis tapi masih tak buat-buat
sampai sekarang, diharapkan senarai panjang di atas mampu memberikan anda
motivasi.
Apa lagi belajar menulislah sekarang…!
Biarlah penulisan kita tiada isi pada mulanya....
Lama kelamaan idea bernas akan datang sendiri.......
Bila kita selalu menulis.......
Yakin pada diri sendiri.....
Anda boleh menulis dengan baik dan sempurna....
Sambil itu banyakkan membaca.........
Dengan membaca anda dapat idea...
Ada idea anda dapat menulis dengan baik.....
Biarlah penulisan kita tiada isi pada mulanya....
Lama kelamaan idea bernas akan datang sendiri.......
Bila kita selalu menulis.......
Yakin pada diri sendiri.....
Anda boleh menulis dengan baik dan sempurna....
Sambil itu banyakkan membaca.........
Dengan membaca anda dapat idea...
Ada idea anda dapat menulis dengan baik.....
No comments:
Post a Comment