Thursday, 15 March 2018

Kajian Tentang Habbatus Sauda


Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

*Terkini- Kosmo! online 9 Mac 2015 -

                                                          
1) Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.

Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.

“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.

Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.
“Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.
Lewatkan penuaan

Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.
“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.

“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.
DR. LATIFFAH banyak menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan khasiat habbatus sauda sejak lebih sedekad lalu.

“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.

Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.
Artikel Penuh: 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp…

2)Pada April 2000, majalah Ethanol Medical menulis tentang kesan toksik dan kesan imuniti ekstrak etanol yang dihasilkan dari jintan hitam. Juga, pada bulan Februari 1995, majalah Medical Plants menerbitkan sebuah artikel tentang kekesanan minyak jintan hitam stabil dan Thymoquinone pada sel darah putih

3) Pada bulan September 2000, majalah International Immunity juga menerbitkan kajian tentang pengaruh minyak jintan hitam dalam mencegah cytomegalovirus pada tikus makmal. Minyak jintan hitam telah diuji sebagai bahan anti-virus dan imuniti yang diperolehi semasa tahap-tahap awal penyakit ini diukur melalui penentuan sel-sel pembunuh semlajadi dan hal-hal lain

4) Pada bulan Oktober 1999, majalah Eropah mengenai Kanser menerbitkan satu artikel tentang pengaruh Thymoquinone pada kanser perut tikus. Demikian juga pada Mei 1998, sebuah majalah khusus dalam kajian pencegahan kanser menerbitkan satu artikel tentang ekstrak jintan hitam sebagai ubat untuk ketumbuhan kanser.






Untuk dapatkannya boleh hubungi:-

Hotline : 013-9984242

FB : https://www.facebook.com/cukabuah/

Produk : Habbatussauda 3in1

Harga : Rm65.00 sebotol ( 200 biji )

Kandungan : Habbatussauda, minyak zaitun and Propolis Lebah



No comments:

Post a Comment