Berikut ialah sebahagian
dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-
*Terkini- Kosmo! online 9
Mac 2015 -
1) Prof. Dr. Latiffah A.
Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia
menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat
bernilai buat manusia.
Justeru, sebagai saintis dan
pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan
hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi
Muhammad.
“Habbatus sauda memang
menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel
yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan
tentang habbatus sauda selama sedekad.
Latiffah mengakui semakin
banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.
“Apa yang pasti terdapat
lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon
mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.
“Hasil beberapa kajian yang
kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada
habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan
berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan
penyakit jantung,” jelas beliau.
Lewatkan penuaan
Ujar Latiffah, kajian pada
haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan
bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan
tersendiri.
“Penyelidikan itu merumuskan
bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein
yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak
menerima suplemen habbatus sauda.
“Kajian pada tisu kultur dan
sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak
habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara
signifikan.
DR. LATIFFAH banyak
menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan khasiat habbatus sauda sejak
lebih sedekad lalu.
“Di samping itu, pengambilan
habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,”
terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita
menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental,
spiritual dan hubungan kelamin.
Tambah beliau, pengambilan
habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu
melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi
mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan
seseorang.
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp…
2)Pada April 2000, majalah
Ethanol Medical menulis tentang kesan toksik dan kesan imuniti ekstrak etanol
yang dihasilkan dari jintan hitam. Juga, pada bulan Februari 1995, majalah
Medical Plants menerbitkan sebuah artikel tentang kekesanan minyak jintan hitam
stabil dan Thymoquinone pada sel darah putih
3) Pada bulan September
2000, majalah International Immunity juga menerbitkan kajian tentang pengaruh
minyak jintan hitam dalam mencegah cytomegalovirus pada tikus makmal. Minyak
jintan hitam telah diuji sebagai bahan anti-virus dan imuniti yang diperolehi
semasa tahap-tahap awal penyakit ini diukur melalui penentuan sel-sel pembunuh
semlajadi dan hal-hal lain
4) Pada bulan Oktober 1999,
majalah Eropah mengenai Kanser menerbitkan satu artikel tentang pengaruh
Thymoquinone pada kanser perut tikus. Demikian juga pada Mei 1998, sebuah
majalah khusus dalam kajian pencegahan kanser menerbitkan satu artikel tentang
ekstrak jintan hitam sebagai ubat untuk ketumbuhan kanser.
Untuk dapatkannya boleh hubungi:-
Hotline : 013-9984242
FB : https://www.facebook.com/cukabuah/
Produk : Habbatussauda 3in1
Harga : Rm65.00 sebotol ( 200 biji )
Kandungan : Habbatussauda, minyak zaitun and Propolis Lebah