Tuesday, 24 January 2017

14 Khasiat Pati Minyak Zaitun keruh


Hari ini layari internet mencari khasiat-khasiat pati minyak zaitun terhadap kesihatan...😁😬😬

Selama ini hanya dengar orang cakap je bahawa pati minyak zaitun bagus untuk kesihatan...😊😊😊

Banyak khasiat pati minyak zaitun terhadap kesihatan kita rupanya...😱😱😱

saya nak kongsikan dengan anda semua supaya kita sama-sama dapat ilmu & info...📖📖📖

Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua...😀😀😀

Khasiat Pati minyak zaitun

1) Mencegah diabetes

2) Mencegah kanser

3) Mengasati masalah kulit kering

4) Menurunkan kadar kolestrol dalam badan

5) Menguatkan tulang

6) Kaya dengan omega 3 & 6

7) Satu sudu sejam sebelum makan tengah hari,dapat mengawal berat badan berlebihan.

8) Anti radang / anti inflamasi

9) Kaya dengan anti-oksida

10) Menstabilkan keseimbangan hormon (testosterone,estrogen,proestrogene)

11) Melindungi sistem kardiovaskular

12) Meningkatkan kadar imuniti

13) Menjaga kesihatan rambut

14) Mengandungi agen anti penuaan iaitu asid amino



Pati Minyak Zaitun

Berminat boleh hubungi :

Hotline : 013-9984242 ( imran )

FB : https://www.facebook.com/cukabuah/

Monday, 16 January 2017

Khasiat Cuka Epal Organik



Adakah anda menghadapi masalah muka berjerawat,rambut dan berada dalam fasa diet?

Tahukah anda ada alternatif untuk mengatasi masalah anda dengan kos yang cukup rendah!!!

Hanya mengamalkan CUKA EPAL secara istiqamah, insyaallah anda akan memperolehi :-

Untuk wajah
1) menghilangkan jerawat
> kandungan asam yang tinggi membunuh bateria menyebabkan jerawat
2)Melindungi wajah dari pengaruh buruk sinar UV

Untuk kulit
1) Kulit tubuh menjadi lebih puteh
2) Menghilangkan ivitasi yang terjadi pada kulit
3) Dapat dijadikan scrub alami

Untuk diet
1) Membakar lemak dalam tubuh
> kandungi pectin mempercepatkan pembakaran lemak
2) Mengurangi nafsu makan

Untuk rambut
1) Mencegah terjadi ketombe
2) membuat PH kulit kepala menjadi normal.
3)Mencegah rambut jadi kusam

setiap pembelian di kawasan seri kembangan & bangi COD disediakan

Whatsapp ke 013-9984242 untuk keterangan lebih lanjut

Sunday, 15 January 2017

Penawar Penyakit Gastrik


Anda tentu tidak selesa bila ada gastrik.....

Ada alternatif untuk rawati penyakit anda....

Manfaat yang anda dapat bila amalkan produk ini ialah gastrik anda insyaallah akan sembuh.....

Anda perlu yakin, Allah penyembuh bukan produk ni....

Produk ni asbab sahaja.....

Kita usaha cari penawar dan tawakkal kepada Allah 😊😊😊



Kesihatan tinggi nilainya

Kekalkan kesihatan anda

                                                                  Pati Minyak Zaitun

Untuk ketahuai lebih lanjut boleh hubungi : 

Hotline ; 013-9984242 ( imran )

FB : https://www.facebook.com/cukabuah/

Wednesday, 4 January 2017

Bagaimana Mengurus Masa Dengan Berkesan


Masa itu emas. Seringkali kita mendengar ungkapankata-kata ini tapi tidak dapat di aplikasi sebaiknya dalam kehidupan kita...Tidak semua orang yang gagal applikasikan dalam kehidupannya tetapi ramai orang yang gagal ...Itu lah hakikatnya....
Orang yang berjaya, mereka sering mengisi masa secara profesional dan berfeadah..Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Ianya hanya tinggal kenangan...

Disini saya ingat kongsikan 5 tip bagaimana mengurus masa dengan berkesan supaya kita lebih proaktif

1) Set matlamat & strategi
Kita mesti tahu matlamat jangka panjang dan pendek.Dengan matlamt yang jelas, kita tahu apa  yang perlu dicapai dan dikejar. Orang yang tidak ada matlamat yang jelas lah yang suka membuang masa.

2) Fokus Matlamat
Beri tumpuan pada matlamat yang paling utama. Buat dengan bersungguh-sungguh. Buang perkara tak perlu dalam aktiviti harian

3) Tulis jadual activiti 
Tetapkan jadual aktiviti pada malam sebelumnya. Tetapkan keutamaan  dan mulakan mengikut jadual pada keesokkannya

4) Utamakan matlamat asal
Selagi kerja utama tidak selesai,jangan berganjak. Kalau sakit perut tu terpaksa lah berganjak ke tandas yea hahaha. 
Jika berganjak pada sesuatu kerja yang lain, tumpuan  pada kerja yang sedang disiapkan akan berhenti separuh jalan. Akibatnya terbengkalai kerja tersebut. Kebiasaan kerja yang sudah terbengkalai amat susah untuk di mulakan kembali.

5) Jangan bertangguh
Kerja hari ini mesti selesaikan hari ini jugak. Jangan tangguh sampai esok. Esok sudah ada kerja untuk esok.Rancang semuanya sebaik mungkin. Hargai setiap detik dan masa. Ingat masa yang pergi tidak akan kembali.


Semoga kita semua boleh mengurus masa dengan profesional untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Monday, 2 January 2017

Bahan semua jadi rawat sakit-sakit badan

Anda selalu sakit-sakit badan?


  • Selalu MC untuk redakan sakit-sakit badan?


Dah habis wang beratus-ratus dapat rawatan untuk hilangkan sakit-sakit badan?


jika persoalan-persoalan di atas di alami oleh anda, bermakna badan anda memerlukan supplemen tambahan. Banyak supplemen ada di pasaran sekarang ini yang mepunyai pelbagai pilihan. Kadang-kadang kita sendiri pusing kepala memikiran pilihan yang perlu di ambil.

Dari segi  harga pelbagai pilihan yang ada. Ada yang mahal, ada yang murah.Ianya bergantung kepada level kewangan masing-masing... Pilihan terletak di tangan anda..Poket tebal boleh lah cuba produk yang mahal-mahal kan...Yang poket nipis atau poket seakan-akan nak ada tu boleh lah cari supplemen yang murah-murah...

Mai nak cerita pasal diri saya. Saya ini selalu alami sakit-sakit badan. Al maklumlah kerja banyak berjalan.Boleh dikatakan setiap bulan akan alami sakit-sakit badan. Pergi ke klinik, bila bagitahu sakit badan doktor mesti tanya " awak ada angkat benda-benda berat ke? Ada buat aktiviti lasak ke?
Selamba je saya jawab tak ada cuma banyak berjalan je..Kerja dekat site construction biasa lah banyak jalan. Doktor hanya bagi ubat relax otot dan ubat tahan sakit...Habis lah jugak rm40.00 tapi saya niat sedekah lah dekat klinik tu hahaha

Setiap kali pergi klinik skip yang sama digunakan oleh doktor. Saya dah boleh agak dah setiap kali pergi jumpa doktor kalau sakit badah hehehehe...
Jadi saya ambil alternatif dengan mencari supplemen. Seingat saya pernah buat checkup di klinik kerajaan 15 tahun dahulu.Petugas makmal klinik tersebut mengatakan badan saya kurang berkemampuan menyerap vitamin & zat dari makan yang dimakan. Di syorkan ambil vitamin & supplemen tambahan.

Apabila teringat kembali peristiwa ni, saya mula mencari supplemen tambahan yang bersesuaian dengan ketebalan poket saya hahahaha.
Saya cuba amalkan PATI DELIMA HALAWATUSSUNNAH. Harga produk ini hanya rm18 sebotol. Alhamdulillah setelah habis separuh botol saya rasa berubahannya. Kalau pun banyak berjalan tak sakit-sakit badan lagi. Rasa ringan tubuh bila bangun pagi...Saya terus amalkan sampai sekarang. Apa-apa pun kita mesti lah amalkan secara istiqamah. Bukannya ambil jarang-jarang tapi harapkan keberhasilannya...Key word di sini ialah "AMALKAN SECARA ISTIQAMAH"

Banyak lagi khasiat & kelebihan PATI DELIMA untuk badan kita. Kan buah delima disebut dalam Al-quran. Setiap yang disebutkan dalam Al-quran mesti banyak khasiat & kelebihannya. Jom kita terokai antara khasiat & kelebihan PATI DELIMA

  1. Menstabilkan paras kolestrol
  2. Sumber antioksida
  3. Kaya dengan viramin c
  4. Mengekalkan kesihatan jantung
  5. Merangsang tenaga batin
  6. Menguatkan sistem ketahanan badan
  7. Melindungi otak bayi
  8. Mencerdaskan minda dan otak kanak-kanak
  9. Mencantikkan kulit


Banyak gak yea khasiat & kelebihan PATI DELIMA..
Kandungannya yang kaya dengan vitamin c & menguatkan sistem ketahanan badan menyebabkan sakit-sakit badan saya hilang kot hehehehe
Apa-apa hal pun, PATI DELIMA hanya asbab je.Yang penyembuhnya ALLAH dan ini yang perlu ada dalam hati & pegangan hidup kita.

Oklah setakat ini sahaja perkongsian pengalaman saya pasal sakit-sakit badan dan supplemen PATI DELIMA  yang saya amalkan..

7 sebab kenapa kita perlu menulis


Belajar menulis dan mulalah menulis jika anda nak buat perubahan dalam hidup.

Jika kita mahu membuat perubahan dalam hidup, agar memulakan perubahan tersebut dengan membuat satu perkara baru.
Perkara baru tidak semestinya sesuatu yang drastik dan memerlukan pengorbanan yang besar. Pilih saja sesuatu yang mudah yang tidak pernah atau terlalu jarang dilakukan selama ini.
Antara perkara atau aktiviti mudah yang setiap daripada kita mampu lakukan sekarang adalah menulis. Belajar menulis yang saya maksudkan di sini adalah belajar mengamalkan ilmu menulis yang telah lama ada pada kita.
Ramai yang dah mempunyai komputer. Kita gunakan setiap hari untuk membaca berita atau apa-apa saja aktiviti lain seperti bersosial secara maya.
Namun jarang sekali kesempatan itu digunakan untuk kita belajar menulis. Kita jarang membuat penulisan yang diolah sendiri yang boleh mendatangkan faedah pada diri kita dan juga orang lain.
Blog merupakan salah satu alat menarik yang mana boleh kita gunakan untuk belajar menulis. Ia digunakan untuk menumpahkan buah fikiran dalam bentuk penulisan yang santai atau serius.
Ada ramai juga yang memang ada keinginan untuk menulis, tapi setiap kali mereka mencuba untuk melakukannya, ada saja masalah datang.
Tiap kali nak belajar menulis di blog, jari jemari mula menjadi kaku, fikiran terhenti secara tiba-tiba dan tidak tahu di mana harus bermula. Akhirnya ramai yang sekadar menjadi pembaca dan leka melayan FB.
Jika anda merupakan salah seorang daripada mereka yang mengalami masalah seperti itu, mungkin senarai kelebihan menulis ini dapat dijadikan azimat sebagai motivasi untuk belajar menulis dan tanam serta pupuk tabiat menulis:
1.    Menulis mampu membuatkan seseorang menjadi bahagia.

§  Kajian mendapati bahagia dicetuskan oleh 3 faktor berikut di bawah:
§  Aktiviti terancang – 40%
§  Faktor genetik – 50%
§  Keadaan semasa atau suasana – 10%

§  Melakukan aktiviti terancang bagi mencetuskan kepuasan dan kebahagian boleh diberikan tumpuan jika kita mahu hidup tenang dan bahagia.

§  Antara aktiviti seperti itu yang terbukti memberikan kepuasan hidup, ketenangan dan rasa bersyukur adalah dengan belajar menulis sekurang-kurangnya 3 tulisan yang menzahirkan rasa kesyukuran kita dalam bentuk surat atau artikel.

§  Anda boleh buat semua itu pada blog.

2.    Turunkan berat badan dengan menulis.

§  Pelik tetapi benar! anda boleh menguruskan berat badan anda dengan hanya menulis. Ini merupakan penemuan hasil daripada satu kajian yang dilakukan terhadap wanita yang mahu menurunkan berat badan mereka.

§  Apa yang ada perlu tulis adalah sesuatu yang menyentuh nilai-nilai kehidupan yang anda pandang tinggi seperti disiplin, keyakinan, akhlak yang baik, cara hidup yang sihat dan lain-lain seumpamanya.

§  Kajian mendapati mereka yang berbuat begitu berjaya menguruskan berat badan mereka tanpa disedari.

§  Bukankah itu sesuatu yang hebat yang semua orang boleh lakukan secara percuma dan tidak perlu pergi ke akedemi menguruskan badan?

3.    Merawat kekecewaan akibat perpisahan

§  Perpisahan kebiasaannya mengundang rasa marah, dendam, kecewa dan tidak tenteram.

§  Untuk mengatasi masalah itu, apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menulis semula cerita asal terjadinya perpisahan itu.

§  Tulis semula kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan apakah kelebihan atau faktor positif terhadap segala yang telah terjadi.

§  Kajian terhadap mereka yang berbuat sebegitu mendapati mereka berjaya melupakan cerita lama dan memulakan fasa baru kehidupan dengan lebih yakin dan bahagia.

4.    Meningkatkan daya ingatan dan kemampuan belajar

§  Ini juga satu kajian yang telah dibuktikan oleh para pengkaji.

§  Mereka yang menulis karangan tentang apa yang telah mereka alami sebelum ini yang memerlukan luahan rasa serta emosi telah menunjukkan peningkatan daya ingatan yang baik.

§  Peningkatan terhadap daya ingatan berlaku setelah para responden ditugaskan menulis selama 5 minggu.

§  Bayangkan jika anda menjadikan aktiviti menulis sebagai rutin harian dan ia sentiasa dilakukan selama bertahun-tahun, sudah pasti daya ingatan anda meningkat dengan amat hebat sekali.

§  Menulis juga membuatkan daya pembelajaran akan meningkat, namun untuk ini kita perlu lakukan dengan menggunakan pen dan bukannya melalui keyboard.

§  Apa salahnya sekali sekala membuat catitan terhadap idea yang muncul atau maklumat yang anda baca atau dengar, ini diperlukan jika anda mahu tulisan anda bagus.

5.    Menulis membuatkan anda mudah dapat kerja

§  Jika anda baru saja dibuang kerja dan masih dalam trauma dan tak tahu nak buat apa, pastikan anda menulis pengalaman bagaimana anda hilang pekerjaan.

§  Tuliskan segala-galanya dan luahkan perasaan. Nyatakan juga kesan baik serta buruk daripada pengalaman tersebut.

§  Anda sudah tidak perlu pergi kerja, jadi tentu ada banyak masa untuk semua itu.

§  Kajian kepada mereka yang dibuang kerja lalu disuruh menulis apa yang saya nyatakan di atas mendapati mereka yang menulis berjaya mendapatkan pekerjaan jauh lebih cepat dan baik daripada yang tidak menulis.

6.    Mempercepatkan penyembuhan luka fizikal

§  Bunyi macam pelik sedikit tetapi itulah yang berlaku apabila mereka yang luka disuruh menulis dan meluahkan pengalaman mereka ketika mengalami trauma.

§  Satu kumpulan lagi yang turut sama luka disuruh menulis tentang pengurusan  masa didapati tidak menunjukkan sebarang perubahan berbanding mereka yang menulis pengalaman trauma.

7.    Meningkatkan daya saing

§  Jika kita alami tekanan kerana terpaksa menghadapi cabaran temuduga atau peperiksaan atau sebagainya, selesaikan semua itu dengan menulis dengan terperinci apa yang anda risaukan.

§  Mereka yang berbuat begitu ternyata jauh lebih baik melalui cabaran tersebut berbanding yang tidak menulis.

Banyak lagi kesan positif yang mampu diraih jika anda mula belajar menulis.
Antaranya adalah seperti memperbaiki perhubungan, mencapai sasaran atau matlamat, melupakan kenangan pahit masa lalu dan banyak lagi.
Kalau nak disenaraikan sudah tentu menjadi terlalu panjang. Jadi bagi mereka yang memang ada keinginan untuk belajar menulis tapi masih tak buat-buat sampai sekarang, diharapkan senarai panjang di atas mampu memberikan anda motivasi.
Apa lagi belajar menulislah sekarang…!
Biarlah penulisan kita tiada isi pada mulanya....
Lama kelamaan idea bernas akan datang sendiri.......
Bila kita selalu menulis.......
Yakin pada diri sendiri.....
Anda boleh menulis dengan baik dan sempurna....
Sambil itu banyakkan membaca.........
Dengan membaca anda dapat idea...
Ada idea anda dapat menulis dengan baik.....

khasiat cuka epal untuk badan


Sunday, 1 January 2017

Merancang Kehidupan Lebih Baik


Siapa yang tak mahu sebuah kehidupan yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang ?
Saya sendiri mahukan kehidupan yang lebih baik dari hari ke hari. Dalam agama kita di suruh perbaikkan diri dari hari ke hari. Soalnya bukan mudah untuk perbaiki diri kan? hehehe. Kalau ada ubat dekat farmasi untuk perbaiki diri kearah lebih baik, saya orang pertama nak beli....Bukan setakat beli sahaja tapi nak buat stok banyak-banyak. Kerana ianya teramat penting untuk kehidupan.

Tapi apa daya, ianya tiada dijual malahan tiada dicipta untuk dijual hahaha
Untuk perbaiki diri, penawarnya ada dalam diri kita sendiri. Ingat yea,

 ' Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selain kaum itu sendiri menyubahnya'

Ini menunjukkan kita perlu usaha yang bersungguh-sungguh sebelum kita berserah kepada Allah...
Jika ditanya soalan tersebut pada semua orang, tentu semua akan mengiyakannya. Cuma jika ditanya lebih lanjut lagi, apa yang dia maksudkan terhadap sebuah ‘kehidupan yang lebih baik’ itu, mungkin ada ramai yang akan terfikir sejenak.
Jika anda sedang terfikir sekarang, jawapan yang sama terhadap soalan itu, jangan risau. Memang ramai orang tidak cuba luangkan masa sejenak untuk fikirkan tentang kehidupannya secara serius. Kehidupan macam mana yang dia rasakan sebagai sebuah kehidupan yang lebih baik daripada sekarang.
Kenapa perlu merancang kehidupan yang lebih baik
Bila masa tidak diperuntukkan untuk menetapkan sasaran terhadap kehidupan diri kita, maka kita biasanya hidup seperti kayu kering yang terapung atas air sungai. Daya arus yang menentukan pergerakannya dan keadaan sekeliling yang berikan perubahan pada kedudukannya. Bila ada halangan, kayu tersekat, bila datang arus kuat, dia terlepas hanyut semual meneruskan perjalanan.
Anda juga mungkin jadi begitu secara tidak sedar. Bila keputusan tidak dibuat untuk jadi macam mana dan untuk buat apa supaya jadi sebagaimana yang anda mahukan, maka semua orang lain sekeliling anda akan tentukan pergerakan anda selanjutnya.
Mungkin anda tak berapa setuju ?
Cuba fikirkan contoh ini. Katakan anda lalui satu hari cuti tanpa tentukan nak buat apa. Bangun pagi seperti biasa, anda masih tak tentukan nak buat apa. Buka TV dan lepak tengok ada program apa. Kemudian telefon berdering, lalu dengan cepat anda angkat.
Kawan rapat ajak pergi minum pagi dan melepak kat kedai mamak. Tanpa perlu fikir, dan lagipun anda masih tidak sarapan, terus saja bersetuju dan bersiap untuk keluar. Tengah minum, isteri pula telefon, ajak pergi rumah kakaknya, anda selesaikan minum dengan kawan dan bergegas pulang. Dan begitulah seterusnya, pergerakan anda akan ditentukan berdasarkan dorongan semua orang kecuali anda sendiri.
Cuba bayangkan pula kalau anda dah tetapkan apa nak dilaksanakan pada hari cuti tersebut. Anda dah buat perancangannya secara rapi dan mula melaksanakan sebaik saja bangun dari tidur lagi. Ketika buat bersediaan itu, tiba-tiba telefon berdering. Kawan ajak minum dan lepak, anda dengan yakin akan menolaknya sebab dah ada perancangan lain yang ditentukan sejak awal lagi.
Ada perbezaan tak ?
Sudah tentu ada perbezaan yang banyak. Kes pertama anda tak buat penentuan (atau anda sengaja mahu biarkan bebas begitu membiarkan perkara spontan menentukan pergerakan), akan ada saja orang lain yang tolong tentukan.
Kes kedua anda dah tetapkan dengan tegas nak buat apa dan apa saja perkara yang boleh menghalang perancangan anda dari dilaksanakan, sudah tentu anda dengan tegas dan yakin juga akan menolaknya.
Jadi, merancanglah !
Tentukan kehidupan bagaimana yang anda mahu. Anda perlu mulakan dengan meluangkan sedikit masa yang serius, bagi memikirkan sebuah kehidupan yang anda mahu bermula dari sekarang. Senaraikan satu persatu-satu dan berikan tempoh masa untuk anda mencapainya.
Apa yang anda mahu dapatkan
Anda mungkin dah pernah dengar dari ramai penceramah motivasi kat luar sana tentang ramai orang yang tidak jelas dengan apa yang dia mahu.
Tetapi jika ditanya soalan terbalik, apa yang anda tak mahu, mungkin jawapan yang banyak akan mampu diberikan dalam masa yang pantas.
Begitulah !, ramai jeas dengan apa yang dia tak mahu, tapi dia tidak berapa jelas dengan apa yang dia mahu.
Andaian kebanyakan orang, apa ang dia mahu sudah tentu adalah lawan kepada apa yang dia tak mahu. Kalau dia tak mahu susah tak ada duit maka lawannya adalah dia mahukan kesenangan dan banyak duit dalam bank.
Tapi malangnya otak tidak ada gambaran yang serupa sebagai mana perbualan kia secara biasa. Otak bukan berkerja secara teks atau kata-kata. Otak lebih peka terhadap imbasan. Kalau saya  kata jangan bayangkan bendera Malaysia, sudah pasti gambaran yang amat jelas  dalam pemikiran anda adalah rupa gambar Malaysia itu.
Umumnya otak akan bayangkan lawan daripada kata-kata yang diarahkan. Tidak ada bayangan lawan dalam cara berkerja otak kita. Tetapi jika saya kata bayangkan imej bendera Pas pada anda, dengan jelas bayangan bendera Pas akan keluar dalam pemikiran anda.
Maka segeralah fikirkan apa yang anda mahu dan mula buat senarainya satu persatu. Lupakan dahulu apa yang anda tak mahu sebab otak tak boleh buat kerja macam tu dengan cekap.
Jadi jawab soalan kehidupan macam mana yang anda mahu sekarang. Kemudian mula buat perancangan macam mana nak dapatkannya.
Pastikan kehidupan yang seimbang
Bagi saya, kehidupan yang lebih baik perlu ada unsur-unsur sebuah kehidupan yang seimbang. Ada kaitan terhadap diri kita sendiri, kaitan antara kita dengan Pencipta, kaitan antara kita dengan alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan, dan juga antara kita dengan sesama manusia
Ada orang yang mengejar kekayaan. Dia habiskan kebanyakan daripada masanya untuk kejar kekayaan dan kemahsyuran. Tapi malangnya dia abaikan terus kesihatan secara yang amat teruk. Tidur tak cukup dan tak menentu, makan berlebihan ikut nafsu, tidak bersenam, tidak tenangkan fikiran, badan gemuk berlebihan, nafas semput dan macam-macam lagi. Tapi duitnya banyak…. berbaloikah ?  

Memandangkan sekarang dah bulan December, sesuai sangat untuk anda buat muhasabah diri secara serius untuk memikirkan kehidupan yang lebih baik yang anda perlu rangka bermula dari sekarang.
Mungkin itu boleh dijadikan azam tahun baru terakhir untuk anda. Sebab selepas ini, ia akan menjadi satu pelan perlaksanaan berterusan yang tidak akan habis bulan demi bulan dan tahun demi tahun.
Untuk memulakan perancangan tersebut, saya syorkan bermula dari sekarang, gunakan diari atau buku catitan aktiviti harian. Kalau anda jenis yang tak suka menulis, lebih selesa menggunakan telefon pintar, gunakan Apps yang bersesuain untuk mencatit perkembangan harian.
Mencatit secara harian merupakan satu permulaan yang amat baik untuk menuju sebuah kehidupan yang lebih baik. Nanti kita lihat pula bagaimana menggunakan buku catitan harian secara berkesan untuk membuat perubahan dalam kehidupan.

Ayuh kita sama-sama praktikkan ilmu yang kita dapat sebaik mungkin..Ilmu tanpa amal hanya lah sia-sia. Kita dah dapat cara untuk ubah diri jadi kita amalkan start dari sekarang...Insyaallah perubahan diri milik kita semua...Selamat maju jaya....

"Perubahan kearah lebih baik perlu untuk mencapai kejayaan"

Tips Kembangkan Kerjaya

Semua orang mahukan perubahan dalam kehidupan dan kerjaya. Pada entering kali ini, saya mahu kongsikan cara untuk kembangkan kerjaya kita. Almaklum lah....setiap benda kita nak buat mesti perlu ilmu. Hang tuah berani bertempur kerana ada ilmu persilatan yang tinggi.. betol tidak hahaha...
Ilmu kita kena cari dan pelajari...Dengan membaca kita dapat tingkatkan ilmu di dada. Bila banyak ilmu, kita mampu tingkatkan nilai diri dan kerjaya.

1. Mulai pasarkan diri kamu
Tuliskan apa saja kelebihan dan kekurangan diri. Pastikan kamu menggunakan semua kelebihan selama kamu bekerja. Dengan cara ini kamu mempamarkan kebolehan yang kamu  ada. Selain itu, pandai-pandailah melihat kesempatan yang memungkinkan kamu menawarkan bantuan yang berhubungan dengan kebolehan kamu.
2. Tingkatkan kemampuan komunikasi
Kebolehan berkomunikasi sangatlah penting dalam apapun pekerjaan kamu. Kemampuan berkomunikasi yang baik akan membantu kamu untuk membangunkan jaringan yang mungkin akan kamu perlukan di masa depan. Kelebihan  akan kamu dapat bila kamu boleh menguasai beberapa bahasa asing. Jadi tidak ada salahnya mengambil kelas tambahan  bahasa dan komunikasi.
3. Jangan ragu untuk memimpin
Lelaki dan wanita memiliki gaya kepemimpinan yang berbeza. Bila kamu diamanahkan untuk memimpin sesebuah organisasi atau pekerjaan, kamu tidak perlu takut. Seringkali yang membatasi kamu untuk  memimpin adalah persoalan gender. Sering ditemui para pemimpin wanita yang cenderungan menghindari gaya memimpin lelaki, dan begitu pun sebaliknya.
Nah, kamu harus berhenti berfikir demikian. Tidak ada salahnya menggabungkan sisi maskulin dan feminin untuk mencari gaya yang paling sesuai dengan kepribadian kamu.
4. Jangan cuma cari kesempurnaan
Salah satu hal yang dapat membuat kamu stuck dalam karier adalah keinginan untuk selalu menyenangkan semua orang. Padahal, ada waktunya kamu harus berani mengambil risiko dan sikap yang berbeza.
Tidak mustahil kamu akan  diperkatakan  dan mungkin dipandang sebelah mata. Sikap terlalu menghindari ‘orang kata’  menjadi  kebiasaan yang sulit untuk diperbaiki. Jadi, jangan takut mengambil resiko!
5. Teruslah belajar
Bila kamu merasa puas dengan apa yang kamu kerjakan sekarang, kamu akan sukar berkembang. Carilah hal-hal yang ingin kamu capai. Perbesarkan impian diri kamu dengan berbagai ilmu dan kepakaran. Akan lebih baik bila kamu dapat mencari seorang mentor yang boleh membantu dan membimbing kamu.

Tip untuk kembangkan kerjaya dah anda dapat. 
Hanya yang tinggal amal kan je ilmu yang anda dapat.
Tiada gunanya dapat ilmu tapi tidak amalkan. 
Ingat tidak pasal hang tuah hehehe
Hang tuah dapat ilmu dan beliau amalkan......
so beliau boleh jadi pahlawan yang hebat.....