Tuesday, 27 December 2016

syarat jika mahu berjaya

semua manusia ingatkan kejayaan dalam kehidupan. Namun tidak semua manusia akan menemui jalan kejayaan. Banyak faktor menjadi penyebab kenapa kejayaan tidak dapat diukirkan oleh sesetengah manusia. Antara faktor untuk kita berjaya:-

1- Sikap yang betol

sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan. Sikap orang yang berjaya dan orang gagal jauh berbeza. Terdapat berbezaan yang ketara anda dua manusia ini. Untuk mencapai kejayaan kita perlu bersikap dengan sikap orang yang berjaya. Kebiasaannya orang berjaya akan mengamalkan sikap orang gagal tidak menyukainya. Contoh, orang gagal suka membuang masa. mana kala orang berjaya amat menghargai masa.


2- Berdisiplin yang tinggi

Dalam apa jua bidang kita ceburi, disiplin manjadi tunjang kejayaan. Disiplin diri yang tinggi mencerminkan ketinggian peribadi dan mempengaruhi orang sekeliling menyukai kita. Segala urusan dapat di selesaikan dengan mudah & cepat.

3- Semangat yang membara

Tanpa semangat ibarat tanpa bintang & bulan di malam hari. Hanya di temani kegelapan malam. Begitu juga kehidupan tanpa semangat. Kita perlu kekalkan momentum supaya semangat kekal. Banyakkan baca buku-buku motivasi & kisah orang yang berjaya untuk kekalkan atau meningkatkan semangat.

4- Tidak memberi alasan

Dalam kehidupan orang yang berjaya, mereka mencari jalan untuk melalukan sesuatu bukan mencipta asalan. Dengan mencipta alasan, otak kita tertutup untuk mencari penyelesaian. Keadaan ini secara tidak langsung membunuh keupayaan & kecekapan otak untuk berfikir.

Sunday, 18 December 2016

Kriteria Menjadi Peniaga Berjaya


1.       Matlamat yang jelas
Ø  Matlamat yang jelas penting menjadi panduan untuk berjaya dalam perniagaan dan dalam apa-apa bidang sekali pun.
Ø   Matlamat di ibaratkan sebagai jalan atau laluan untuk kita mencapai kejayaan.
Ø  Apabila matlamat kita jelas, kita akan memilih jalan terbaik untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Ø  Matlamat yang jelas mendorong peniaga menentukan jalan yang mana perlu diambil untuk memajukan perniagaan.
Ø  Pemilihan jalan yang tepat membolehkan perancangan perniagaan yang hebat dan tidak membuang masa disebabkan  jalan yang dirancang mempunyai potensi yang besar bagi mencapai matlamat.
Ø  Sebagai contoh, kita hendak pergi kesesuatu  tempat, pasti kita tentukan dahulu destinasinya.
Ø  Apabila  destinasi ditetapkan dengan jelas, kita pasti merancang jalan yang mana  perlu di ambil dan menyediakan kelengkapan yang diperlukan. Ianya pasti membuahkan hasil yang memberansangkan.




2.       Berbelanja dibawah kemampuan
Ø  Dalam kehidupan kita mempunyai pelbagai pilihan. Pilihan yang berpandukan ilmu akan menjanjikan peniaga membuat pilihan yang terbaik untuk perniagaannya.
Ø  Sebagai peniaga, kita perlu bijak mengatur perbelanjaan. Pengawalan dan pemantauan perbelanjaan menjadi nadi setiap peniaga untuk kembangkan perniagaan.
Ø  Perbelanjaan perlu dikawal supaya sentisa di bawah nilai pendapatan perniagaan.
Ø  Penambahan kelengkapan atau kos penambahbaikkan perniagaan perlu di buat secara berperingkat bagi mengelakkan kelebihan dalam perbelanjaan.




3.       Target yang rialistik
Ø  Merencanakan target dalam perniagaan, kita perlu rialistik dalam menetapkannya.
Ø  Sesuatu target yang rialistik memberi peluang besar untuk kita capai.
Ø  Apabila target dapat dicapai, motivasi dan semangat kita akan meningkat. Automatik kita lebih berusaha dan kretif merancang memajukan perniagaan kita.
Ø  Jika target tidak rialistik, kita tidak mampu mencapainya. Dengan ini menyebabkan semangat kita merudum dan meninggalkan kesan negatif kepada emosi. Tertanam dalam fikiran bahawa kita tidak mampu melakukannya.
Ø  Target perlu dibuat berterusan. Mulakan target yang rendah dahulu dan ditinggatkan kepada target yang lebih tinggi apabila target sebelum ini sudah berjaya kita capai dengan jayanya.





4.       Fikir masa panjang
Ø  Sebagai peniaga, kita perlu berfikiran jauh dan luas.Dengan berfikiran jauh kita mampu merancang perniagaan dengan lebih efisen.
Ø  Kita boleh meramalkan perjalanan , cabaran, risiko dan penambahbaikkan perniagaan.
Ø  Perancangan perniagaan boleh menyediakan langkah-langkah yang sepatutnya lebih awal bagi menghadapi cabaran dan liku-liku dunia perniagaan.



5.       Luang masa dengan orang yang betol
Ø  Bersama orang yang berfikiran positif mendorong kita berfikiran positif.
Ø  Banyakkan bersama dengan peniaga-peniaga yang berjaya. Secara automatik kita lebih bersemangat dan dapat menimba ilmu darinya.



6.       Tidak berjuang seorang diri
Ø  Apabila perniagaan semakin maju, kita perlu ambil pekerja untuk membantu kita uruskan perniagaan.
Ø  Cari pekerja yang berkebolehan untuk menguruskan bahagian perniagaan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.



7.       Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
Ø  Keyakinan diri yang tinggi elemen penting dalam perniagaan malahan dalam apa jua bidang.
Ø  Apabila keyakian diri tinggi, kita lebih berani dan yakin membuat keputusan, merancang, dan ambil risiko dalam perniagaan.
Ø  Keyakinan diri yang tinggi mendorong peniaga lain yakin untuk berurus niaga dengan kita

Cara Meningkatkan Motivasi Perniagaan


Masalah kekurangan motivasi dan mudah berputus asa seringkali berlaku di kalangan ramai usahawan di luar sana. Masalah ini boleh mencetuskan kemerosotan dari segi produktiviti kerja seterusnya boleh menyebabkan perniagaan yang dijalankan tidak berkembang dan mungkin boleh menurunkan graf jualan perniagaan kita.

TUKAR SKRIP KEGAGALAN KEPADA SKRIP KEJAYAAN DALAM DIRI
Manusia seringkali membandingkan pencapaian mereka dengan pencapaian orang lain yang lebih Berjaya daripada mereka. Ini satu perkara normal. Kita boleh buat perbandingan tersebut, tetapi kita tidak boleh mainkan skrip membunuh dan mensabotajkan diri kita sendiri seperti :
“Dia Otai. Ada duit banyak boleh la berjaya. Aku ini siapa? Mana boleh Berjaya macam dia..” Skrip ini boleh membunuh impian kita dalam perniagaan kita sendiri. Sekaligus boleh menyebabkan motivasi kita menurun. Sepatutnya skrip yang kita mainkan dalam diri kita adalah seperti berikut:
“Dia boleh berjaya. Aku pun mesti boleh berjaya. Aku tak boleh mengalah sekarang. Aku nak jadi berjaya seperti dia” Dengan amalkan skrip positif ini, kita akan lebih bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah sekiranya berdepan dengan kegagalan dan buntu dalam mencari penyelesaian.


LIHAT KEMBALI IMPIAN YANG KITA MAHU CAPAI

Dengan melihat kembali impian yang kita rancang pada awal tahun. Adakah kita sudah memulakan langkah pertama? atau masih lagi belum melaksanakan apa yang dirancang? Jika belum. Tanya diri kenapa masih belum laksanakan impian tersebut? Bedah siasat apa yang berlaku? Lihat impian anda dengan penuh emosi yang anda benar-benar mahu capai matlamat tersebut dengan bersungguh sunguh.Insya-Allah anda akan kembali bersemangat dan bermotivasi untuk menjalankan perniagaan yang anda usahakan.


NETWORKING DENGAN MEREKA YANG SAMA ALIRAN BIDANG DENGAN KITA
Apabila kita menemui jalan buntu atau seringkali gagal, berhenti seketika
berehat sekejap. Berjumpa mereka yang pakar atau sama aliran dalam industri yang kita ceburi. Minta pandangan dan nasihat daripada mereka supaya mereka dapat bedah siasat dimana kesilapan yang kita lakukan. Jika kita mempunyai mentor, Tanya apa lagi yang perlu kita perlu buat. Minta nasihat daripada mereka. Dengan cara ini, percayalah kita akan dapat idea dan kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan kita dalam perniagaaan yang kita ceburi.


LIHAT DAN BACA KISAH MOTIVASI KEJAYAAN ORANG LAIN

Cara seterusnya untuk tingkatkan motivasi dalam perniagaan adalah dengan menonton video motivasi atau membaca buku motivasi. Sekarang, terlalu banyak video movitasi yang anda boleh cari di laman youtube.com . Jika kita seorang yang suka membaca anda juga boleh mencari artikel yang berkaitan syarikat yang termuka dunia yang mana mencapai kejayaan yang memberangsangkan pada hari ini. Percayalah, tiada perniagaan pun yang tidak pernah gagal. Gagal itu hanya sementara untuk orang yang tidak pernah menyerah kalah. Gagal itu akan selamanya sekiranya kita berhenti daripada mencuba.


LIHAT ORANG YANG LEBIH SUSAH DARIPADA KITA
Cara ini sangat berkesan bagi saya, saya yakin ia juga dapat di laksanakan oleh mana-mana usahawan. Kadang kala, apabila kita rasa susah sikit dan sukar dalam menyelesaikan tugasan kita adalah kerana kita tidak melihat orang yang lebih susah daripada kita. Apabila kita melihat mereka yang lagi susah dari kita sebagai contoh mereka yang kurang bernasib baik seperti OKU atau mereka yang mempunyai pendidikan yang rendah (seperti SPM) Selepas kita melihat dan membandingkan mereka yang lebih susah dari kita, kita akan tersedar bahaw alangkah banyaknya nikmat yang kita sudah perolehi jika nak dibandingkan dengan mereka yang lebih susah daripada kita ini. Jadi dengan ini, tiada alasan lagi untuk kita menyalahkan tuhan dengan takdir kita yang masih lagi belum mencapai kejayaan. Dengan cara ini juga, ia sebenarnya adalah terapi yang terbaik untuk kita muhasabah diri kita menjadi lebih baik dan bersyukur dengan apa yang ada. Ingat, bersyukur bukan bermakna berhenti daripada berusaha. Mereka yang bersyukur dengan nikmat yang diperolehi akan lebih menghargai nikmat tersebut. Sebagai contoh, kita masih lagi mempunyai salah satu anggota badan yang paling penting dalam melakukan tugasan harian kita seperti Tangan. Cuba bandingkan diri kita dengan OKU yang tidak mempunyai tangan. Pasti kita akan lebih menghargai tangan yang masih ada dalam diri kita dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Wednesday, 14 December 2016

Rahsia Kecantikan Wanita Arab



6 Rahsia Kecantikan Semula Jadi Wanita Arab Yang Anda Perlu Tahu

Kecantikan wanita bukan terletak pada kulit yang cerah, tinggi lampai, kurus, mata bundar, bulu mata lentik atau hidung mancung.
Cantik yang sebenar ialah memiliki kulit yang lembab, wajah bersih, berat badan ideal dan sentiasa sihat.
Wanita Arab antara wanita yang memiliki kecantikan semula jadi. Walaupun negara di sana panas, bagaimana mereka menjaga kecantikan?
Ini rahsia bagaimana wanita Arab menjaga kecantikan dengan mengamalkan makanan sunnah.

1. Bunga Saffron Atau Za’faran
Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga. Untuk kecantikan, saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik.





2. Minyak Zaitun
Antara khasiat minyak zaitun adalah meremajakan kulit. Minyak zaiton dalam masakan mampu hilangkan toksik yang terdapat pada makanan. Minyak zaiton juga membuatkan kulit lebih halus. Jadi tidak hairanlah kenapa kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.


3. Pati Delima
Pati delima baik untuk kesihatan dan dalaman. Ia baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.





4. Habbatussauda
Sekarang ni Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak MARDI yang terkini.







5. Cuka Tamar Dan Cuka Epal
Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, memang bagus sangat. Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak di pecahkan dengan sempurna.



6. Madu
Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.

Tuesday, 13 December 2016

11 Kebaikan Pati Delima


Pati Delima
  1.  Menstabilkan paras kolesterol 
  2.  Sumber antioksida yang tinggi
  3.  Kaya dengan vitamin C
  4. Menggalakkan kesihatan jantung
  5. Meransang tenaga batin
  6. Menguatkan sistem ketahanan badan Melindungi otak bayi
  7. Mencerdaskan minda dan otak kanak-kanak
  8. Mencantikkan kulit
  9. Bertindak sebagai anti-penuaan
  10. Melindungi tahap kolagen dalam badan
  11. Baik untuk penghadaman 

Kasiat Pati Delima

Cara Penggunaan:


  • Larutkan 1-2 sudu teh bersama 1 air suam dan kacau  sambil bersalawat ke atas Nabi. Kemudian niat, Bismillah dan minum
                        ATAU
  • 1-2 sudu terus di minum 
























Sunday, 11 December 2016

14 Khasiat Cuka Delima Untuk Kesihatan

Cuka Delima
Cuka Delima adalah berasal dari buah delima yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi cuka. Bukan seperti Cuka biasa, CUKA DELIMA mempunyai Khasiat Dan Kelainan Yang Tersendiri yang Terkenal dari Zaman Nabi-Nabi Terdahulu. Mengambil Segala Kebaikan buah Delima, Cuka Delima adalah Raja Segala Cuka kerana Buah Delima adalah Buah dari Syurga.

Cuka Delima mengandungi Vitamin dan anti-oksida yang tiga kali ganda lebih berbanding anti-oksida teh hijau. Khasiat ini melambatkan penuaan dan melicinkan kulit.

Di dalam Al-Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud;-

” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima"
Surah Al-Rahman ayat 68

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. 
“Barangsiapa memakan buah delima keseluruhannya sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari“.

Dalam sebuah hadis mauquf dan marfu’, 
Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa buah delima termasuk dalam buah syurga

“Tak satu pun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”

“Makanlah buah delima berserta minyak dan lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan”. (HR Imam Ahmad).


Khasiat Cuka Delima

  1. Menyihatkan fungsi jantung & hati, melancarkan fungsi jantung
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Melancarkan proses penghadaman makanan, membersihkan usus & mengelurkan keracunan badan
  4. Menyingkirkan lemak berlebihan
  5. Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga & memulihkan keletihan
  6. Mengelak rasa mual
  7. Mmelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid
  8. Membentuk tubuh badan yang lebih cantik
  9. Merapatkan rahim, menyuburkan rahim, 
  10. Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka & badan melalui dalaman
  11. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu penyakit kencing manis
  12. Menghapuskan kahak, mereda peyakit batuk
  13. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar
  14. Awek muda

Cara Penggunaan:

Larutkan 1-2 sudu teh bersama 1 air suam dan kacau  sambil bersalawat ke atas Nabi. Kemudian niat, Bismillah dan minum.



Berminat untuk dapatkan cuka delima, boleh hubungi/whatsapp:

Hotline : 013-9984242

FB : https://www.facebook.com/cukabuah/



Khasiat  Cuka Delima

Saturday, 10 December 2016

Coretan Pagi

Assalamualaikum & selamat pagi..

Alhamdulillah kita masih di beri peluang oleh Allah untuk terus hidup di dunia ini. Syukur kita masih dapat hirup udara yang segar, dapat melihat keindahan ciptaNya, bersama-sama keluarga mengecapi keamanan & lain-lain lagi nikmat yang di kurniakan oleh Allah. Bersyukur lah kita semua..

Jika kita lihat di luar negara seperti di palestin, rohingya, syria Allahuakbar merana kehidupannya..kekejaman yang berterusan tanpa pembelaan dari masyarakat dunia..kita islam ramai di muka bumi tapi macam buih-buih di lautan... Bila palestin di kejami, di mana kah pemimpin-pemimpin negara islam???

Adakah pemimpin-pemimpin negara islam tidak pengetahui isu kekejaman ini?? Pada pandangan saya, pemimpin-pemimpin islam tidak bersatu dan masing-masing takut untuk memberi bantuan.. Negara yahudi israil di bantu oleh sekutu- sekutunya tapi palestin keseorangan penghadapi kekejaman dengan kelengkapan senjata yang terhad..

Nilai keamanan sangat diperlukan dalam sesebuah negara untuk menjamin keharmonian penduduk..Tanpa keamanan kita sentiasa hidup dalam ketakutan, kesedihan, kerunsingan..Anak-anak kecil tidak dapat bermain dengan tenang, gelak ketawa sukar di wujud dek disebabkan ketakutan..Alhamdulillah di negara malaysia keamanan masih wujud. Konflik yang berlaku di malaysia hanya di sebabkan oleh individu yang tidak memikul amanah yang diberikan dengan baik..


Kesimpulannya, kita perlu bersyukur & berdoa kepada Allah untuk kekal keamanan dalam negara kita. Keamanan membolehkan kita menjalani kehidupan dengan baik & tenang, dapat mencari ilmu dengan tenang untuk memperbaiki diri ke arah kebaikkan. Dengan keamanan kita boleh merancang kehidupan & menyunting motivasi kepada diri untuk lebih berjaya di dunia & akhirat.. Mari kita perhalusi kata-kata motivasi di bawah..

Semoga ianya pemberi manfaat kepada kita semua..Dalam kehidupan, kita perlu suntikkan motivasi bagi membangkitkan semangat untuk terus kehadapan. Banyakkan berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan kita di dunia & akhirat.

"Membenarkan fikiran dipengaruhi kelemahan akan menyebabkan kelemahan, menjadikan diri anda menjadi lemah, sekeliling dan segala-galanya yang lemah."

"Sebaliknya, memusatkan tumpuan anda ke arah semua yang terbaik menyebabkan anda dikelilingi dengan segala yang terbaik dan menjadi orang yang terbaik."

Terima kasih 👋👋👋
😊😊😊

Friday, 9 December 2016

Sekadar Perkongsian

Anak-anak akan lemah badannya bila di serang rasa takut, penat dan nungkin di hinggap kebodohan apabila sering di takut-takutkan. Sikap selalu menakut-nakutkan anak boleh membunuh perasaan dan jiwa lalu menyebabkan nilai-nilai murni dalam dirinya mati. Sesiapa yang mati perasaannya, tidak diharapkan daripadanya sebarang kebaikkan. Hidupnya juga tidak akan membuahkan hasil.

"sekadar berkongsi kata-kata dari ARB BIN SAAD"
😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Khasiat Minyak Zaitun + Habbatussauda Gold





Add caption














  1. Menguatkan sistem imunisasi badan 
  2. Mencegah Kanser (Anti-tumor)
  3. Anti-Alergi
  4. Meningkatkan konsentrasi & daya ingatan
  5. Meningkatkan bioaktivitas hormon
  6. Meneutralkan racun
  7. Mengatasi gangguan tidur & stress
  8. Memperbaiki saluran pencernaan & sebagai anti bakteria
  9. Melancarkan ASI (Air Susu Ibu)
  10. Sumber nutrisi bagi manuasia
  11. Mengatasi cirit birit
  12. Anti radang
  13. Merawat penyakit gout
















Thursday, 8 December 2016

Tip Urus Masa Cara Bijak


1 – Kurangkan Masa Tidak Produktif

Perkara pertama yang wajib anda lakukan sekiranya anda ingin mempunyai masa terluang untuk mengembangkan  kejayaan anda, adalah dengan mengurangkan masa yang anda luangkan untuk perkara-perkara yang tidak produktif.
Apa yang saya maksudkan dengan masa yang tidak produktif adalah, apabila anda meluangkan masa anda untuk melakukan perkara-perkara yang seronok, tetapi tidak dapat memberikan apa-apa kebaikan untuk masa hadapan. Kecuali keseronokan yang anda terima pada masa itu.
Di antara contoh perkara yang tidak produktif adalah:
  • Menonton televisyen
  • Membaca suratkhabar 
  • Duduk minum dan bersembang dengan rakan-rakan
  • Melepak di pusat membeli-belah dan yang yang sewaktu dengannya.
Bukan maksud saya yang anda langsung tidak boleh melakukan perkara-perkara ini. Cuma saranan saya adalah anda perlu mengurangkan jumlahnya. Jika anda sering menghabiskan masa 2 jam sehari untuk menonton televisyen, apa kata anda kurangnya menjadi 1 jam setengah atau 1 jam sahaja dalam sehari.
Jika anda sering duduk minum teh tarik dengan rakan-rakan 3 kali seminggu, cuba kurangkan menjadi 1 atau 2 kali saja seminggu.
Dengan berbuat demikian, anda akan mendapati yang anda memiliki masa terluang yang boleh anda gunakan untuk belajar dan membina bisnes Internet anda.

2 –  Optimasikan Perjalanan

Sebahagian besar daripada kita yang berkerja makan gaji, perlu pergi ke tempat kerja pada waktu berkerja. Selalunya lokasi rumah dan tempat kerja anda berada dalam satu jarak tertentu, yang mungkin memerlukan anda menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan awam untuk sampai ke tempat kerja anda.
Jika anda menggunakan perkhidmatan kenderaan awam, apa kata anda optimasikan masa perjalanan dalam kenderaan tersebut untuk melakukan perkara-perkara yang boleh membantu perkembangan potensi  anda.
Mungkin anda boleh membaca bahan-bahan pengetahuan mengenai bisnes Internet. Anda boleh menulis nota tentang apa yang telah anda pelajari sebelum ini. Anda boleh menulis rangka ebook terkini anda atau apa jua perkara bermanfaat lain yang boleh membantu anda di dalam bisnes Internet.
Elakkan daripada hanya tidur di sepanjang perjalanan anda di dalam kenderaan awam tersebut. Usahawan Makan Gaji yang berjaya adalah mereka yang bijak mengoptimasikan masa mereka.

3 – Utamakan Tugasan

Tip ketiga mengenai pengurusan masa  adalah kepentingan mengutamakan tugasan seharian anda. Sebagai seorang pekerja sepenuh masa, mungkin anda ada melakukan pengutamaan atau prioritization di tempat kerja anda.
Tujuannya adalah untuk menentukan apakah tugasan penting yang perlu anda selesaikan pada hari tersebut. 
Pada setiap hari, buat senarai perkara-perkara yang ingin anda lakukan . Seterusnya, lihat semula senarai tersebut dan tentukan 2 atau 3 perkara paling utama yang perlu anda lakukan pada hari tersebut. Perkara utama tersebutlah yang perlu anda lakukan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti yang lain.
Dengan berbuat demikian, anda akan memastikan tugasan utama  anda akan siap terlebih dahulu, berbanding perkara-perkara lain yang tidak penting atau tidak perlu disiapkan dengan lebih awal.

Kesilapan Ibu-bapa Dalam Mendidik Anak












Kasiat cuka kurma


Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052) 

Baginda SAW  ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang. 


Dari sabda 
 Rasulullah S.A.W dari petikan diatas menunjukkan kepada kita besarnya khasiat yang akan diperolehi jika kita mengamalkan pengambilan buah kurma (tamar). Menjadi kelaziman penduduk malaysia, bulan puasa sahaja majoritinya mengamalkan pengambilan buah kurma. Buktinya, di bazar atau kedai-kedai penjualan buah kurma teramat laris..Jika kita betol-betol tahu & sedar akan khasiat yang terkandung dan kebaikkan buah kurma pada kita, nescaya kita akan sentiasa istiqamah dalam pengambilan buah kurma. Buah kurma juga boleh di jadikan cuka. Ianya juga mendatangkan kebaikkan pada kesihatan kita.





Kandungan Cuka Kurma:-


Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).




Khasiat Cuka Kurma
  1. Menurunkan berat badan
  2. Mencegah kanser
  3. Sesuai untuk mengatasi lemah jantung
  4. Memudahkan bersalin
  5. Mengurangkan gangguan haid
  6. Menguatkan sistem imun badan
  7. Sesuai untuk pesakit Anemia
  8. Mengatasi masalah lemah badan
  9. Melegakan batuk

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), 

cuka kurma:-
  1. dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
  2. membuang darah kotor & melancar aliran darah
  3. mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
  4. melancarkan pergerakan usus
  5. merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
  6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
  7. menurunkan tahap kolesterol
  8. mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
  9. membakar kalori dgn cepati
  10. membuang toksin
  11. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
  12. penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
  13. mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
  14. merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
  15. mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
  16. melancarkan pengeluaran susu ibu
  17. melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
  18. memperbaiki fungsi limpa
  19. menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.



  Cara pengambilan cuka kurma 😊😊😊
    1-2 sudu tea di campurkan dengan air suam.😋

     Di minum pada waktu pagi & malam selepas makan 🍽

     Istiqamah dalam pengambilannya.😊

 Insyaallah anda dapat rasai sendiri kasiat cuka kurma jika anda istiqamah dalam pengambilannya.Keputusan di tangan anda sendiri...👋👋👋


                                                    CUKA KURMA ORGANIK


Untuk dapatkannya boleh hubungi:

Hotline : 013-9984242 ( imran )

FB : https://www.facebook.com/cukabuah/