1 – Kurangkan Masa Tidak Produktif
Perkara pertama yang wajib anda lakukan sekiranya anda ingin mempunyai masa terluang untuk mengembangkan kejayaan anda, adalah dengan mengurangkan masa yang anda luangkan untuk perkara-perkara yang tidak produktif.
Apa yang saya maksudkan dengan masa yang tidak produktif adalah, apabila anda meluangkan masa anda untuk melakukan perkara-perkara yang seronok, tetapi tidak dapat memberikan apa-apa kebaikan untuk masa hadapan. Kecuali keseronokan yang anda terima pada masa itu.
Di antara contoh perkara yang tidak produktif adalah:
- Menonton televisyen
- Membaca suratkhabar
- Duduk minum dan bersembang dengan rakan-rakan
- Melepak di pusat membeli-belah dan yang yang sewaktu dengannya.
Bukan maksud saya yang anda langsung tidak boleh melakukan perkara-perkara ini. Cuma saranan saya adalah anda perlu mengurangkan jumlahnya. Jika anda sering menghabiskan masa 2 jam sehari untuk menonton televisyen, apa kata anda kurangnya menjadi 1 jam setengah atau 1 jam sahaja dalam sehari.
Jika anda sering duduk minum teh tarik dengan rakan-rakan 3 kali seminggu, cuba kurangkan menjadi 1 atau 2 kali saja seminggu.
Dengan berbuat demikian, anda akan mendapati yang anda memiliki masa terluang yang boleh anda gunakan untuk belajar dan membina bisnes Internet anda.
2 – Optimasikan Perjalanan
Sebahagian besar daripada kita yang berkerja makan gaji, perlu pergi ke tempat kerja pada waktu berkerja. Selalunya lokasi rumah dan tempat kerja anda berada dalam satu jarak tertentu, yang mungkin memerlukan anda menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan awam untuk sampai ke tempat kerja anda.
Jika anda menggunakan perkhidmatan kenderaan awam, apa kata anda optimasikan masa perjalanan dalam kenderaan tersebut untuk melakukan perkara-perkara yang boleh membantu perkembangan potensi anda.
Mungkin anda boleh membaca bahan-bahan pengetahuan mengenai bisnes Internet. Anda boleh menulis nota tentang apa yang telah anda pelajari sebelum ini. Anda boleh menulis rangka ebook terkini anda atau apa jua perkara bermanfaat lain yang boleh membantu anda di dalam bisnes Internet.
Elakkan daripada hanya tidur di sepanjang perjalanan anda di dalam kenderaan awam tersebut. Usahawan Makan Gaji yang berjaya adalah mereka yang bijak mengoptimasikan masa mereka.
3 – Utamakan Tugasan
Tip ketiga mengenai pengurusan masa adalah kepentingan mengutamakan tugasan seharian anda. Sebagai seorang pekerja sepenuh masa, mungkin anda ada melakukan pengutamaan atau prioritization di tempat kerja anda.
Tujuannya adalah untuk menentukan apakah tugasan penting yang perlu anda selesaikan pada hari tersebut.
Pada setiap hari, buat senarai perkara-perkara yang ingin anda lakukan . Seterusnya, lihat semula senarai tersebut dan tentukan 2 atau 3 perkara paling utama yang perlu anda lakukan pada hari tersebut. Perkara utama tersebutlah yang perlu anda lakukan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti yang lain.
Dengan berbuat demikian, anda akan memastikan tugasan utama anda akan siap terlebih dahulu, berbanding perkara-perkara lain yang tidak penting atau tidak perlu disiapkan dengan lebih awal.
No comments:
Post a Comment