1.
Matlamat yang jelas
Ø
Matlamat yang jelas penting menjadi panduan
untuk berjaya dalam perniagaan dan dalam apa-apa bidang sekali pun.
Ø
Matlamat
di ibaratkan sebagai jalan atau laluan untuk kita mencapai kejayaan.
Ø
Apabila matlamat kita jelas, kita akan memilih
jalan terbaik untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Ø
Matlamat yang jelas mendorong peniaga menentukan
jalan yang mana perlu diambil untuk memajukan perniagaan.
Ø
Pemilihan jalan yang tepat membolehkan perancangan
perniagaan yang hebat dan tidak membuang masa disebabkan jalan yang dirancang mempunyai potensi yang
besar bagi mencapai matlamat.
Ø
Sebagai contoh, kita hendak pergi kesesuatu tempat, pasti kita tentukan dahulu destinasinya.
Ø
Apabila
destinasi ditetapkan dengan jelas, kita pasti merancang jalan yang
mana perlu di ambil dan menyediakan
kelengkapan yang diperlukan. Ianya pasti membuahkan hasil yang memberansangkan.
2.
Berbelanja dibawah kemampuan
Ø
Dalam kehidupan kita mempunyai pelbagai pilihan.
Pilihan yang berpandukan ilmu akan menjanjikan peniaga membuat pilihan yang
terbaik untuk perniagaannya.
Ø
Sebagai peniaga, kita perlu bijak mengatur
perbelanjaan. Pengawalan dan pemantauan perbelanjaan menjadi nadi setiap
peniaga untuk kembangkan perniagaan.
Ø
Perbelanjaan perlu dikawal supaya sentisa di
bawah nilai pendapatan perniagaan.
Ø
Penambahan kelengkapan atau kos penambahbaikkan
perniagaan perlu di buat secara berperingkat bagi mengelakkan kelebihan dalam
perbelanjaan.
3.
Target yang rialistik
Ø
Merencanakan target dalam perniagaan, kita perlu
rialistik dalam menetapkannya.
Ø
Sesuatu target yang rialistik memberi peluang
besar untuk kita capai.
Ø
Apabila target dapat dicapai, motivasi dan
semangat kita akan meningkat. Automatik kita lebih berusaha dan kretif
merancang memajukan perniagaan kita.
Ø
Jika target tidak rialistik, kita tidak mampu
mencapainya. Dengan ini menyebabkan semangat kita merudum dan meninggalkan
kesan negatif kepada emosi. Tertanam dalam fikiran bahawa kita tidak mampu
melakukannya.
Ø
Target perlu dibuat berterusan. Mulakan target
yang rendah dahulu dan ditinggatkan kepada target yang lebih tinggi apabila
target sebelum ini sudah berjaya kita capai dengan jayanya.
4.
Fikir masa panjang
Ø
Sebagai peniaga, kita perlu berfikiran jauh dan
luas.Dengan berfikiran jauh kita mampu merancang perniagaan dengan lebih
efisen.
Ø
Kita boleh meramalkan perjalanan , cabaran,
risiko dan penambahbaikkan perniagaan.
Ø
Perancangan perniagaan boleh menyediakan
langkah-langkah yang sepatutnya lebih awal bagi menghadapi cabaran dan liku-liku
dunia perniagaan.
5.
Luang masa dengan orang yang betol
Ø
Bersama orang yang berfikiran positif mendorong
kita berfikiran positif.
Ø
Banyakkan bersama dengan peniaga-peniaga yang
berjaya. Secara automatik kita lebih bersemangat dan dapat menimba ilmu darinya.
6.
Tidak berjuang seorang diri
Ø
Apabila perniagaan semakin maju, kita perlu
ambil pekerja untuk membantu kita uruskan perniagaan.
Ø
Cari pekerja yang berkebolehan untuk menguruskan
bahagian perniagaan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
7.
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
Ø
Keyakinan diri yang tinggi elemen penting dalam
perniagaan malahan dalam apa jua bidang.
Ø
Apabila keyakian diri tinggi, kita lebih berani
dan yakin membuat keputusan, merancang, dan ambil risiko dalam perniagaan.
Ø
Keyakinan diri yang tinggi mendorong peniaga
lain yakin untuk berurus niaga dengan kita
No comments:
Post a Comment