Tuesday, 27 December 2016

syarat jika mahu berjaya

semua manusia ingatkan kejayaan dalam kehidupan. Namun tidak semua manusia akan menemui jalan kejayaan. Banyak faktor menjadi penyebab kenapa kejayaan tidak dapat diukirkan oleh sesetengah manusia. Antara faktor untuk kita berjaya:-

1- Sikap yang betol

sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan. Sikap orang yang berjaya dan orang gagal jauh berbeza. Terdapat berbezaan yang ketara anda dua manusia ini. Untuk mencapai kejayaan kita perlu bersikap dengan sikap orang yang berjaya. Kebiasaannya orang berjaya akan mengamalkan sikap orang gagal tidak menyukainya. Contoh, orang gagal suka membuang masa. mana kala orang berjaya amat menghargai masa.


2- Berdisiplin yang tinggi

Dalam apa jua bidang kita ceburi, disiplin manjadi tunjang kejayaan. Disiplin diri yang tinggi mencerminkan ketinggian peribadi dan mempengaruhi orang sekeliling menyukai kita. Segala urusan dapat di selesaikan dengan mudah & cepat.

3- Semangat yang membara

Tanpa semangat ibarat tanpa bintang & bulan di malam hari. Hanya di temani kegelapan malam. Begitu juga kehidupan tanpa semangat. Kita perlu kekalkan momentum supaya semangat kekal. Banyakkan baca buku-buku motivasi & kisah orang yang berjaya untuk kekalkan atau meningkatkan semangat.

4- Tidak memberi alasan

Dalam kehidupan orang yang berjaya, mereka mencari jalan untuk melalukan sesuatu bukan mencipta asalan. Dengan mencipta alasan, otak kita tertutup untuk mencari penyelesaian. Keadaan ini secara tidak langsung membunuh keupayaan & kecekapan otak untuk berfikir.

No comments:

Post a Comment