Sunday, 18 December 2016

Cara Meningkatkan Motivasi Perniagaan


Masalah kekurangan motivasi dan mudah berputus asa seringkali berlaku di kalangan ramai usahawan di luar sana. Masalah ini boleh mencetuskan kemerosotan dari segi produktiviti kerja seterusnya boleh menyebabkan perniagaan yang dijalankan tidak berkembang dan mungkin boleh menurunkan graf jualan perniagaan kita.

TUKAR SKRIP KEGAGALAN KEPADA SKRIP KEJAYAAN DALAM DIRI
Manusia seringkali membandingkan pencapaian mereka dengan pencapaian orang lain yang lebih Berjaya daripada mereka. Ini satu perkara normal. Kita boleh buat perbandingan tersebut, tetapi kita tidak boleh mainkan skrip membunuh dan mensabotajkan diri kita sendiri seperti :
“Dia Otai. Ada duit banyak boleh la berjaya. Aku ini siapa? Mana boleh Berjaya macam dia..” Skrip ini boleh membunuh impian kita dalam perniagaan kita sendiri. Sekaligus boleh menyebabkan motivasi kita menurun. Sepatutnya skrip yang kita mainkan dalam diri kita adalah seperti berikut:
“Dia boleh berjaya. Aku pun mesti boleh berjaya. Aku tak boleh mengalah sekarang. Aku nak jadi berjaya seperti dia” Dengan amalkan skrip positif ini, kita akan lebih bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah sekiranya berdepan dengan kegagalan dan buntu dalam mencari penyelesaian.


LIHAT KEMBALI IMPIAN YANG KITA MAHU CAPAI

Dengan melihat kembali impian yang kita rancang pada awal tahun. Adakah kita sudah memulakan langkah pertama? atau masih lagi belum melaksanakan apa yang dirancang? Jika belum. Tanya diri kenapa masih belum laksanakan impian tersebut? Bedah siasat apa yang berlaku? Lihat impian anda dengan penuh emosi yang anda benar-benar mahu capai matlamat tersebut dengan bersungguh sunguh.Insya-Allah anda akan kembali bersemangat dan bermotivasi untuk menjalankan perniagaan yang anda usahakan.


NETWORKING DENGAN MEREKA YANG SAMA ALIRAN BIDANG DENGAN KITA
Apabila kita menemui jalan buntu atau seringkali gagal, berhenti seketika
berehat sekejap. Berjumpa mereka yang pakar atau sama aliran dalam industri yang kita ceburi. Minta pandangan dan nasihat daripada mereka supaya mereka dapat bedah siasat dimana kesilapan yang kita lakukan. Jika kita mempunyai mentor, Tanya apa lagi yang perlu kita perlu buat. Minta nasihat daripada mereka. Dengan cara ini, percayalah kita akan dapat idea dan kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan kita dalam perniagaaan yang kita ceburi.


LIHAT DAN BACA KISAH MOTIVASI KEJAYAAN ORANG LAIN

Cara seterusnya untuk tingkatkan motivasi dalam perniagaan adalah dengan menonton video motivasi atau membaca buku motivasi. Sekarang, terlalu banyak video movitasi yang anda boleh cari di laman youtube.com . Jika kita seorang yang suka membaca anda juga boleh mencari artikel yang berkaitan syarikat yang termuka dunia yang mana mencapai kejayaan yang memberangsangkan pada hari ini. Percayalah, tiada perniagaan pun yang tidak pernah gagal. Gagal itu hanya sementara untuk orang yang tidak pernah menyerah kalah. Gagal itu akan selamanya sekiranya kita berhenti daripada mencuba.


LIHAT ORANG YANG LEBIH SUSAH DARIPADA KITA
Cara ini sangat berkesan bagi saya, saya yakin ia juga dapat di laksanakan oleh mana-mana usahawan. Kadang kala, apabila kita rasa susah sikit dan sukar dalam menyelesaikan tugasan kita adalah kerana kita tidak melihat orang yang lebih susah daripada kita. Apabila kita melihat mereka yang lagi susah dari kita sebagai contoh mereka yang kurang bernasib baik seperti OKU atau mereka yang mempunyai pendidikan yang rendah (seperti SPM) Selepas kita melihat dan membandingkan mereka yang lebih susah dari kita, kita akan tersedar bahaw alangkah banyaknya nikmat yang kita sudah perolehi jika nak dibandingkan dengan mereka yang lebih susah daripada kita ini. Jadi dengan ini, tiada alasan lagi untuk kita menyalahkan tuhan dengan takdir kita yang masih lagi belum mencapai kejayaan. Dengan cara ini juga, ia sebenarnya adalah terapi yang terbaik untuk kita muhasabah diri kita menjadi lebih baik dan bersyukur dengan apa yang ada. Ingat, bersyukur bukan bermakna berhenti daripada berusaha. Mereka yang bersyukur dengan nikmat yang diperolehi akan lebih menghargai nikmat tersebut. Sebagai contoh, kita masih lagi mempunyai salah satu anggota badan yang paling penting dalam melakukan tugasan harian kita seperti Tangan. Cuba bandingkan diri kita dengan OKU yang tidak mempunyai tangan. Pasti kita akan lebih menghargai tangan yang masih ada dalam diri kita dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment