Wednesday, 14 December 2016

Rahsia Kecantikan Wanita Arab



6 Rahsia Kecantikan Semula Jadi Wanita Arab Yang Anda Perlu Tahu

Kecantikan wanita bukan terletak pada kulit yang cerah, tinggi lampai, kurus, mata bundar, bulu mata lentik atau hidung mancung.
Cantik yang sebenar ialah memiliki kulit yang lembab, wajah bersih, berat badan ideal dan sentiasa sihat.
Wanita Arab antara wanita yang memiliki kecantikan semula jadi. Walaupun negara di sana panas, bagaimana mereka menjaga kecantikan?
Ini rahsia bagaimana wanita Arab menjaga kecantikan dengan mengamalkan makanan sunnah.

1. Bunga Saffron Atau Za’faran
Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga. Untuk kecantikan, saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik.





2. Minyak Zaitun
Antara khasiat minyak zaitun adalah meremajakan kulit. Minyak zaiton dalam masakan mampu hilangkan toksik yang terdapat pada makanan. Minyak zaiton juga membuatkan kulit lebih halus. Jadi tidak hairanlah kenapa kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.


3. Pati Delima
Pati delima baik untuk kesihatan dan dalaman. Ia baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.





4. Habbatussauda
Sekarang ni Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak MARDI yang terkini.







5. Cuka Tamar Dan Cuka Epal
Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, memang bagus sangat. Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak di pecahkan dengan sempurna.



6. Madu
Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.

No comments:

Post a Comment